Monday, March 10, 2008

Pas Berkibar Megah Di Puncak Jerai

Hijau Kuning ditawan Hijau-Putih

Negeri Jelapang Padi kini milik Pas. Gelombang hebat yang melanda kerajaan pemerintah pada PRU 12.
Kemarahan rakyat kepada kerajaan menjadi faktor kemenangan parti alternatif. Kedah merupakan antara Malay Heartland yang mungkin kerajaan yakin mampu mengekalkan kuasanya.

Namun sebaliknya terjadi.

Memetik kenyataan Menteri Besar Kedah, Datuk Mahdzir Khalid sebagai berkata, "Kini kami ingin menjadi pembangkang yang kuat di Kedah", katanya.

Mereka sepatutnya menyedari hakikat bahawa keyakinan rakyat sudah diterjemah melalui PRU. Apakah agenda menjadi pembangkang yang kuat di Kedah?

Agenda meneruskan kempen hingga PRU 13? Larat ka?

Terus meniup sentimen pro pembangkang sebagaimana Pas buat dulu?

Kerusi Menteri Besar sudah pun menjadi milik Azizan.

Tapi, Jerlun yang merupakan kubu kuat Pas sejak PRU sebelumnya kini mampu dirampas semula oleh calon baru, Mukhriz Mahathir.

Disebalik tirai, secara simboliknya ia menunjukkan sokongan kuat diberikan kepada Tun Dr Mahathir.

Walaupun pada pilihan raya ke 11 yang lalu, faktor Pak Lah merupakan gelombang terkuat sehingga BN menang selesa tetapi kerusi Jerlun masih di tangan Pas.

Kini kawasan tersebut menjadi milik BN ketika gelombang penentangan melanda parti pemerintah sehingga sukar mendapat majoriti 2/3.

Adakah Tun terpaksa membuat a come back untuk mengembalikan sokongan kepada kerajaan BN?

atau tindakan itu hanyalah langkah kedua selepas "langkah pertama" dilaksanakan?

It's Your Call

2 comments:

shafizanjohari said...

setelah bertahun menyepi dalam dunia siber... maklum lah.. dah ada dalam media arus perdana...

Awat dah mai balik?? comeback ka?
mengalahkan artis lagi... caik!!

Ashwad Ismail said...

come back to real McCoy....
AK....in arus perdana 90-10.

Cyber space, we make it 0-0.