Sunday, May 13, 2007

News Update


IRAN, AMERIKA SYARIKAT SEDIA BINCANG ISU IRAQ

Iran setuju membincangkan isu jirannya, Iraq, bersama Amerika Syarikat.

Tidak seperti Malaysia, Iran antara negara Organisation Islamic Conference (OIC) yang tiada hubungan diplomatik dengan Amerika Syarikat.

Jurucakap menteri luar Iran, Mohammad Ali Hosseini berkata, perbincangan adalah untuk menguatkan kerajaan Iraq dan meringankan kesakitan rakyatnya.

Kedua-dua negara yang majoritinya berfahaman shiah akan bekerjasama dalam membina jalinan persahabatan.

Perbincangan tersebut bakal diadakan di Iraq tidak lama lagi.


No comments: