Thursday, May 10, 2007

Tun Dr M - Saya Merayu...

Bekas perdana menteri malaysia, Tun Dr Mahathir Mohammad merayu rakyat amerika syarikat membantu menghentikan konflik yang semakin meruncing di iraq.


Tun Dr Mahathir dalam kenyataannya yang dikeluarkan di Putrajaya pagi semalam menggesa rakyat Amerika mendesak pemerintahan Bush untuk mengundurkan tenteranya dari iraq.




Beliau meminta penduduk Amerika menolak peperangan yang bukan sahaja mengorbankan rakyat iraq tetapi juga anak-anak muda tentera Amerika.

Sementara itu, serangan terbaru mengorbankan sekurang – kurangnya 12 orang dan mencederakan 50 yang lain di Irbil, daerah Kurdistan,utara Iraq.





Serangan bom trak waktu pagi semalam berlaku ketika kawasan kejadian sesak dengan orang ramai.

Ini kes letupan bom pertama di Kurdistan semenjak serangan Amerika Syarikat ke atas iraq dilancarkan.

No comments: